Select Page
Please note that this page is meant ONLY for Lawyers and Pupils in Chambers, registered in Malaysia. Thank you.
Jenayah Gangguan Seksual dan Undang-undang yang Relevan
Presenter : Ms. Nor Zabetha bt Muhamad Nor
Posted in : Criminal Law
CPD Activity (1.0 credit)
T5/29122023/BCOTP/OTP233437/1
    
About the Course
Masih ada di kalangan masyarakat yang kurang jelas tentang skop berkaitan jenayah / gangguan seksual, sehingga ada yang menyangka bahawa perbuatan seksual hanya melibatkan sesuatu perbuatan yang dahsyat. Tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa ungkapan kata-kata dan gerak isyarat juga adalah antara elemen yang boleh disabitkan sebagai kesalahan jenayah / gangguan seksual.
Sesi ini akan mengupas undang-undang yang relevan berkenaan topik ini serta prinsip undang-undang dalam kes Mohd Ridzwan Abdul Razak v Asmah Hj Mohd Nor [2016] 6 CLJ 346.
Instructions
In order to complete this module successfully, ensure that you watch, for each video, at least 75% of the video duration in a single session and achieve a minimum score of 100% on the quiz. Upon successful completion of the course, you will receive 1 CPD point.
It's important to remember that you can pause the video and resume it later if needed. However, if you close the browser before reaching the passing point in the video, you'll be required to restart the video from the beginning.

About the Presenter

Ms. Nor Zabetha bt Muhamad Nor
Nor Zabetha bt Muhamad Nor berkelulusan LLB (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2008 dan kemudiannya diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2009. Beliau kini beramal di Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co.
Nor Zabetha memberi nasihat undang-undang dan berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang topik-topik seperti kesalahan kecil, penderaan dan keganasan rumah tangga, fitnah, gangguan seksual, hak kanak-kanak dan sebagainya dengan tumpuan yang sewajarnya terhadap isu-isu semasa. Ini membolehkan masyarakat mendapat manfaat dan memahami apa itu undang-undang dan bagaimana undang-undang berfungsi untuk melindungi mereka.
Nor Zabetha turut aktif dalam mendidik dan menggalakkan penyertaan golongan muda di dalam arena undang-undang. Beliau berhasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan menegakkan integriti pentadbiran undang-undang di Malaysia.