Select Page
Please note that this page is meant ONLY for Lawyers and Pupils in Chambers, registered in Malaysia. Thank you.
Pengenalan Kepada Tindakan Tuntutan Fitnah di Mahkamah
Presenter : Nor Zabetha bt Muhamad Nor
Posted in : Tort Law and Defamation
CPD Activity (1.0 credit)
T5/21072022/BC/BC221079/1
    
About the Course
Penggunaan media sosial kini telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Laporan media juga telah meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mencatatkan purata kadar penggunaan internet tertinggi di dunia.
Kesannya, terdapat banyak kes tuntutan fitnah yang difailkan di mahkamah setiap hari. Sebelum tindakan tuntutan fitnah di mahkamah dapat dimulakan, terdapat banyak prosedur, elemen undang-undang dan langkah-langkah yang perlu dititikberatkan.
Sebagai pengenalan kepada topik tuntutan fitnah, webinar ini akan memberi gambaran menyeluruh bermula dari peringkat notis tuntutan sehinggalah perbicaraan di mahkamah, termasuk elemen-elemen yang perlu terkandung dalam penyediaan kertas kausa dan prosedur terlibat.
Instructions
In order to complete this module successfully, ensure that you watch, for each video, at least 75% of the video duration in a single session and achieve a minimum score of 100% on the quiz. Upon successful completion of the course, you will receive 1 CPD point.
It's important to remember that you can pause the video and resume it later if needed. However, if you close the browser before reaching the passing point in the video, you'll be required to restart the video from the beginning.

About the Presenter

Ms. Nor Zabetha bt Muhamad Nor
Nor Zabetha bt Muhamad Nor berkelulusan LLB (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008 dan kemudiannya diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2009. Beliau kini beramal di Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co. Nor Zabetha memupuk minatnya dalam mendidik orang ramai tentang undang-undang dan isu-isu berkaitan sejak tahun 2016 dengan menulis artikel-artikel berkaitan isu semasa dan perundangan.
Beliau telah dijemput untuk memberi pandangan dan ceramah mengenai hal undang-undang di institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan kerajaan dan juga pelbagai saluran media seperti Bernama, Astro Awani, New Straits Times, The Malay Mail, The Sun Daily, Malaysiakini, Harian Metro, dan Sinar Harian.
Nor Zabetha memberi nasihat undang-undang dan berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang topik-topik seperti kesalahan kecil, penderaan dan keganasan rumah tangga, fitnah, gangguan seksual, hak kanak-kanak dan sebagainya dengan tumpuan yang sewajarnya terhadap isu-isu semasa. Ini membolehkan masyarakat mendapat manfaat dan memahami apa itu undang-undang dan bagaimana undang-undang berfungsi untuk melindungi mereka.
Nor Zabetha turut aktif dalam mendidik dan menggalakkan penyertaan golongan muda di dalam arena undang-undang. Beliau berhasrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan menegakkan integriti pentadbiran undang-undang di Malaysia.