Select Page
Please note that this page is meant ONLY for Lawyers and Pupils in Chambers, registered in Malaysia. Thank you.
Harta Pusaka Bukan Untuk Direbut
Presenter : Haji Mukhtar b Abdullah
Posted in : Syariah Law
CPD Activity (1.0 credit)
T5/06012022/BCOTP/BC224171/1
    
About the Course
Usah anggap harta pusaka yang ditinggalkan itu milik kita seorang. Berlapang dada dengan bahagian yang diterima setelah diputuskan dan yang paling penting adalah belajar pengetahuan berkenaan pengurusan harta sewaktu hidup dan bagaimana pula perkara tersebut perlu dilakukan setelah kematian. 
Webinar ini cukup menarik dan wajib diambil tahu oleh setiap orang agar harta pusaka yang ditinggalkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, dan untuk mengelakkan perebutan yang tidak wajar. Marilah sama-sama kita sertai webinar ini yang akan disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman.
Instructions
In order to complete this module successfully, ensure that you watch, for each video, at least 75% of the video duration in a single session and achieve a minimum score of 100% on the quiz. Upon successful completion of the course, you will receive 1 CPD point.
It's important to remember that you can pause the video and resume it later if needed. However, if you close the browser before reaching the passing point in the video, you'll be required to restart the video from the beginning.

About the Presenter

Haji Mukhtar b Abdullah
Haji Mukhtar b Abdullah ialah seorang peguam sivil dan Syarie. Beliau ialah rakan kongsi di Tetuan Zamani Mohammad & Co., dan mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) pada tahun 1991.
Beliau ialah penceramah bagi siri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di bawah program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, "CPD").
Beliau turut memberi ceramah kepada badan-badan bukan kerajaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, terutamanya dalam isu berkaitan hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga Islam dan perancangan harta melalui hibah, harta sepencarian dan wasiat, serta penyelesaian harta selepas kematian. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dan beliau ialah mantan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Terengganu (“PPST”). Kini, beliau ialah penasihat kepada PPST dan ahli dalam Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.